Heinrich von Vietinghoff
Heinrich von Vietinghoff

Heinrich von Vietinghoff

Heinrich Gottfried Otto Richard von Vietinghoff genannt (de: dikenali sebagai) Scheel (6 Disember 1887 – 23 Februari 1952) merupakan seorang Kolonel Jeneral (Generaloberst) dalam Tentera Darat Jerman (Wehrmacht Heer) semasa Perang Dunia Kedua. Beliau juga adalah penerima Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak (Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub). Pingat Knight Cross dan darjah Daun Oak telah dikurniakan bagi mengiktiraf keberanian luar biasa tentera atau telah memimpin sesuatu pertempuran dengan cemerlang. Beliau terkenal kerana memerintah tentera Jerman dan Itali di wilayah Itali yang diduduki Jerman pada tahun 1945.

Heinrich von Vietinghoff

Pangkat Generaloberst
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak
Tahun perkhidmatan 1903 – 1945
Kesetiaan
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II
Meninggal dunia 23 Februari 1952(1952-02-23) (umur 64)
Pfronten-Ried, Jerman Timur
Kelahiran (1887-12-06)6 Disember 1887
Mainz, Empayar Jerman
Arahan Kor XIII
Tentera Darat Ke-15
Tentera Darat Ke-10
Kumpulan Tentera Darat Courland